Darell Leiking dan “Bundle”

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, Darell Leiking

Perniagaan Bundle, Indikator Kepada Ekonomi Semasa Sabah

“Kenapa rakyat Sabah sekarang memerlukan perniagaan Bundle dan membeli kain-kain yang diguna di luar negara?, ianya adalah satu petanda bahawa ekonomi Sabah mempunyai masalah”._YB Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang), Dewan Rakyat, 31 Oktober 2017.

ULASAN:

Sebilangan natizen di media sosial memberikan komen bahawa kenyataan YB Penampang berkaitan perniagaan bundle (modal rendah dan harga barang jualannya murah) tersebut sebagai gambaran keadaan ekonomi semasa di Sabah yang kurang memberangsangkan.

Sebenarnya rakyat Sabah memang faham maksud beliau, apa yang menjadi persoalan ialah menjadikan perniagaan bundle sebagai indikator keadaan semasa ekonomi di Sabah adalah tidak tepat.

Ini kerana perniagaan tersebut semacam sudah menjadi tren terkini di kalangan masyarakat, di setiap daerah ada sahaja perniagaan bundle dijalankan seperti apa yang beliau nyatakan. Malah pelanggannya tidak hanya terhad kepada golongan kurang berkemampuan tetapi juga individu yang mempunyai pendapatan baik.

Jika itu dijadikan ukuran, apa bezanya dengan perniagaan pasar malam (barang jualannya murah dan boleh tawar-menawar) yang ada di Sabah selama ini. Adakah ini juga boleh dijadkan sebagai indikator kepada keadaan ekonomi semasa negeri? Jika ya, nampaknya ekonomi Sabah bolehlah ditakrifkan sebagai tidak akan berkembang lagi selepas ini.

Sebaliknya kerajaan Negeri dan Persekutuan sentiasa komited untuk membawa pembangunan dan kemajuan ekonomi ke Sabah melalui pembangunan kelompok perindustrian utama termasuk pertanian, minyak dan gas, pembuatan dan pelancongan.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, inisiatif untuk memperbaiki infrastruktur dan menarik pelaburan asing dalam pelbagai perindustrian seperti Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP); Kelompok Perindustrian Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu; POIC Sandakan dan Taman Industri Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) telah mencapai kejayaan besar.

Sebagai contoh, terdapat lebih 260 industri di KKIP dengan pelaburan bernilai RM2.8 biiion dan lebih daripada 8,600 pekerjaan, manakala inisiatif lain juga mencatatkan kadar pelaburan yang tinggi dan mewujudkan lebih 7,000 pekerjaan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Sabah menikmati pertumbuhan yang memberangsangkan menerusi pelaksanaan Sabah Development Corridor (SDC). Sasaran Kadar Pertumbuhan Dalam Negeri Kasar (KDNK) di bawah SDC ditetapkan RM63.2 bilion, manakala KDNK perkapita sebanyak RM14,478 menjelang 2025.

Artikel Sumbangan Pembaca


Artikel Terbaru

Share this post

scroll to top