4 Maut pelajar tingkatan 6 SMK Pitas 2 Maut

EMPAT pelajar tingkatan enam maut, seorang parah manakala empat lagi cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Kanibongan-Pitas, Kota Marudu, 6.30 pagi hari ini.

EMPAT pelajar tingkatan enam maut, seorang parah manakala empat lagi cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Kanibongan-Pitas, Kota Marudu, 6.30 pagi hari ini.

Kumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 terbabit yang menaiki Toyota Avanza dikatakan terbabas selepas terlanggar lubang di jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Izaan Abdullah berkata, kenderaan berkenaan yang dinaiki sembilan pelajar tingkatan enam dalam perjalanan dari Kanibongan menuju ke Pitas.

Katanya, mangsa yang maut adalah penumpang manakala pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Pitas untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. – Harian Metro

Share this post

scroll to top