Ada mangsa yang pecah kepala – saksi

Rakan pelajar yg terlibat Kemalangan yg telah meragut nyawa seramai 4 org pagi kemarin dalam perjalanan ke SMK Pitas 2 datang untuk memberi penghormatan yang terakhir di rumah mangsa Kg. Boribi Kanibongan Pitas – Foto Ihsan Pembaca

“Lebih menyedihkan, ada antara mereka yang pecah kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” -Saksi Kemalangan

“Ketika asyik membuat kerja, saya dikejutkan dengan bunyi jeritan sebelum mendapati terdapat sekumpulan pelajar terperangkap dalam kenderaan yang mereka naiki,” kata Goslan Ayap, 38, saksi kemalangan membabitkan sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 di Jalan Kanibongan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, empat pelajar perempuan meninggal dunia, seorang pelajar lelaki cedera parah manakala empat pelajar lelaki lain pula cedera.

Goslan yang bekerja di sebuah loji berhampiran lokasi kemalangan itu berkata, pada mulanya, dia tidak menyangka kemalangan itu membabitkan pelajar sekolah.

“Selepas kejadian, ramai penduduk kampung berdekatan memenuhi lokasi itu dan sebaik membuat pemeriksaan, saya lihat sebuah Toyota Avanza terbabit kemalangan. Ada mangsa yang berlumuran darah.

“Lebih menyedihkan, ada antara mereka yang pecah kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, kenderaan dinaiki sembilan pelajar terbabit mungkin terbabas sejauh 80 meter ketika menuruni bukit di tempat kejadian.

“Kereta mereka disyaki terbabas dari jarak 80 meter sebelum terjunam ke tepi jalan.

“Sebahagian daripada mereka memang saya kenal,” katanya ketika ditemui, semalam. – Harian Metro

Info Kemalangan

Info Kemalangan

INFO KEMALANGAN KLIK SINI

Berita Berkaitan:

Share this post

scroll to top