ATMOSFERA teruja lagu ciptaan bapa di Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu

Kumpulan Atmosfera yang dianggotai oleh dua adik beradik teruja apabila lagu Berakhir Sudah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32.

“Akhirnya lagu ciptaan ayah kami dapat menebusi pasaran di sini dan mendapat sambutan yang baik.

Mereka berjanji untuk melakukan yang terbaik bagi mendapatkan tempat di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32.

“Kami rasa teruja apabila pertama kali dapat beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 menerusi lagu Berakhir Sudah.

“Insya-Allah kami akan melakukan yang terbaik untuk melayakkan lagu tersebut ke pentas akhir pula,” kata Hezron.

Atmosfera bakal bersaing di minggu ketiga separuh akhir pada 12 November di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Bagaimanapun ia bukan tugas mudah apabila terpaksa bersaing dengan penyanyi -penyanyi yang lebih berpengalaman dan pernah menjuarai pertandingan tersebut.

Berikut adalah lagu yang akan bersaing untuk menentukan lagu ke peringkat akhir.

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Pertama)
1. Mata – Ayda Jebat
2. Amboi – Altimet
3. Akhirnya Cinta – Salma
4. Sejati – Faizal Tahir (Azmi dan caliph Busker)
5. Segalanya – Haqiem Rusli
6. Aku Yang Sebenarnya – Hazama dan Penglipurlara
7. Di Sana Cinta Di Sini Rindu – Tajul dan Wany Hasrita
8. Aisyah – Projector Band
9. Bukan Propaganda – Syamsul Yusof dan Mawi
10. Bayang – Khai Bahar

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua)
1. Rempuh – Tomok dan Black
2. Jangan Menangis – Aizat Amdan
3. Warkah Untuk Mu – Ara Johari
4. Zalikha – Floor 88
5. Jangan Pernah Berdusta – Drama Band dan Haiza
6. Aku Sanggup – Sufi Rashid
7. Terus Mencintai – Siti Nordiana
8. Separuh Mati Ku Bercinta – Dayang Nurfaizah
9. Permata Cinta – Aiman Tino
10. Harus Aku – Sufian Suhaimi

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu ketiga)
1. Aku Cinta – Syamel dan Ernie Zakri.
2. Menahan Rindu – Wany Hasrita.
3. Menanti Janji – Ronnie Hussin.
4. Lagu Untuk Laila – Akim & The Majistret.
5. Sedalam – Dalam Rindu – Tajul.
6. Sabar – Ismail Izzani.
7. Lebih Sempurna – Syamel.
8. Tergantung Sepi – Haqiem Rusli.
9. Berakhirlah Sudah – Atmosfera.
10. Jampi – Hael Husaini

Share this post

scroll to top