Lelaki Warga Asing Kena 10 tahun penjara

Hakim Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Andrianus Simo Latu, 21, yang didapati bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 13 tahun, pada 10 Disember 2016 jam 11 pagi, di sebuah rumah kongsi kilang, Jalan Nountun, Inanam, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Semasa rayuan, peguam Rizwan Borhan yang mewakili tertuduh menyatakan, sebelum ditangkap tertuduh yang mempunyai empat adik-beradik bekerja sebagai pembuat sofa.

“Dalam fakta kes menunjukkan tiada unsur keganasan. Kejadian berlaku disebabkan kerelaan keduadua pihak.

“Hubungan antara mereka sebagai pasangan kekasih. Tertuduh juga sudah menyesal. Mohon tempoh penjara antara lima hingga lapan tahun,” katanya.

Namun Timbalan Pendakwaraya Husna Abdul Halim menyatakan, tertuduh melalui perbicaraan penuh dan didapati bersalah.

“Hukuman haruslah lebih daripada separuh daripada yang ditetapkan di dalam peruntukkan.

“Kami berhujah bahawa unsur rela bukanlah faktor yang boleh diambil kira dalam rayuan. Mohon hukuman berat dikenakan,” katanya.

Sepanjang perbicaraan dijalankan, enam saksi dipanggil pihak pendakwaan, manakala pihak pembelaan dua saksi terdiri daripada tertuduh dan ibunya.

“Atas kesalahan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat. ”

Share this post

scroll to top