Mana Peter Anthony ?

PETER ANTHONY (dua dari kanan)

Selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM bagi penyiasatan Skandal RM 1.5 Bilion, nama naib Presiden Parti Warisan Sabah, Peter Anthony terus senyap.

Beliau juga dilihat jarang muncul dalam program yang dianjurkan Parti Warisan Sabah.

Namun sejak semalam namanya terus menjadi perhatian umum berikutan beliau dikehendaki melapor diri ke pejabat SPRM pada dalam tempoh 48 jam.

Memetik kenyataan daripada SPRM, beliau dan seorang lagi individu dikehendaki bagi membantu siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di Daerah Tongod, Sabah yang bernilai kira-kira RM155 juta.

Terdahulu Anthony dan Ubu menyerah diri di pejabat SPRM, di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan pecah amanah membabitkan RM15 juta.

RM15 juta itu merupakan deposit 10% untuk pembelian tanah ladang kelapa sawit di Tongod, yang dijual pada harga RM155 juta.

Tommy berkata, jumlah itu dibayar menerusi firma guaman Ubu, yang menguruskan jual beli berkenaan bagi pihak Risda beberapa tahun lalu.

Risda merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, dan urusan itu dipercayai dibuat ketika presiden Warisan Mohd Shafie Apdal menjadi menterinya, antara 2009 dan 2015.

Sementara itu peguam Martin Tommy  hari ini memberitahu kepada Malaysian Insight Peter Anthony sedang berehat dengan keluarganya di Tenom atau Keningau.

Peguamnya turut memeberitahu Peter dijangka akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 2.30 petang esok.

Share this post

scroll to top