Pasaran hartanah Sabah dijangka berkembang positif selepas PRU14

Chew Sang Hai

Chew Sang Hai

KOTA KINABALU: Pasaran hartanah Sabah dijangka bertambah baik pada separuh kedua 2018 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) Chew Sang Hai berkata, pasaran hartanah di sini akan kekal pada separuh pertama tahun ini memandangkan para pelaburdanpembeliingin menunggu keputusan PRU14.

“Sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah, maka keyakinan pelabur akan kekal kepada kerajaan sedia ada.

“Tetapi sekiranya pihak pembangkang berjaya memerintah kerajaan,makawujudnya keadaan tidak stabil dalam satu tempoh waktu selain pentadbiran memerlukan masa bagi mendapatkan keyakinan daripada pelabur,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, kebanyakan masyarakat masih ingin melihat BN kekal untuk memerintah negara ini dan ekonomi dihadapi kini tidaklah seteruk seperti yang diperkatakan.

Katanya, kerajaan akan terus meningkatkan skim pembiayaan yang diperkenalkan menerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kepada pemaju swasta, melaksanakan Lebuhraya Pan Borneo sementara sektor pelancongan Sabah semakin berkembang.

“Kita juga berharap mata wang negara akan terus kukuh agar lebih menyenangkan pembiayaan perumahan pada separuh kedua tahun ini,”katanya.

Selain itu katanya, pelancaran projek perumahan dijangkakan kurang pada separuh pertama 2018 tetapi dijangkakan keadaan bertambah baik menjelang separuh kedua tahun ini.

Katanya, pelabur akan membeli unit rumah sedia ada pada tahun ini memandangkan masih terdapat bekalan unit perumahan daripada pelancaran hartanah pada 2017 yang turut mengalami kekurangan sebanyak 50 peratus berbanding 2016.

“Bagaimanapun, sektor runcit akan menampakkan kemajuan memandangkan kerajaanakanmenyalurkan lebih banyak bantuan kewangan kepada rakyat khususnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selain meningkatkan ekonomi serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Share this post

scroll to top