Pemerintah pula dituduh taja ‘bundle’

Pengguna media sosial yang membuat komen, Esa Abdullah (paling Kanan) bergambar dengan Ketua Penerangan parti Warisan Sabah, Honorsius Datuk Alfred Bosuin (dua dari kanan)

Tuduhan tidak berasas pula mulai disebarkan di media sosial oleh penyokong Warisan berhubung isu bundle yang dibangkitkan timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, Darell Leiking di dewan rakyat baru-baru ini yang akhirnya mengundang kecaman orang Sabah terhadap beliau.

UCAPAN Darell Leiking di dewan Rakyat:

Berkenaan dengan keadaan ekonomi di Sabah Tuan Yang di-Pertua, kita dengar di sekeliling kawasan saya dan seluruh daerah di Sabah di mana banyak bundle, kalau Tuan  DR. Yang di-Pertua pernah dengar. Business yang menjual kain-kain bundle. Kain-kain bundle ini ada di setiap kampung ataupun di setiap daerah di Sabah sekarang, kenapakah begitu?

Kenapakah rakyat Sabah sekarang memerlukan business begini dan membeli kain-kain yang diguna di luar negara ini dan membawa ke Sabah? Mesti ada masalah besar di kalangan warga Sabah kerana ramai  rakyat Sabah bukan lagi pergi ke shopping mall ataupun kedai-kedai mewah untuk membeli baju supaya memberikan mereka dignity instead kita pergi ke bundle.

Di depan pejabat saya, firma guaman saya pun besar ruangan atau space yang diambil oleh kedai bundle ini. This is a sign Tuan Yang di-Pertua, bahawa ekonomi di Sabah ada masalah.

Penyokong Warisan mempertahankan kenyataan Darell dengan mengatakan ia adalah salah faham kerana bukan ‘perniagaan bundle’ yang dimaksudkan oleh ahli parlimen Penampang. Namun meletakkan perniagaan bundle sebagai indikator keadaan semasa ekonomi di Sabah juga adalah juga tidak tepat.

Terbaharu seorang penyokong Warisan pula mengeluarkan komen mendakwa pemerintah telah memberikan peruntukan khas untuk menutup kelemahan kerana tidak mampu membantu rakyat Sabah.

Siapa kawan bundle yang dimaksudkannya ? Peruntukan khas ? Kerajaan pusat atau negeri ?

Pemerintah dituduh tidak mampu membantu rakyat tetapi dalam masa yang sama turut didakwa beri peruntukan khas menaja peniaga bundle ini.

Adakah pakcik Esa sedang bercakap benar ?

Screenshot yang dihantar pembaca kenyataan yang dibuat di ruangan komen

Apa yang lebih menarik adalah skrip ‘isu bundle’ ini seperti sudah dirancang lebih awal. Ia sangat mudah untuk difahami.

Seseorang akan mewujudkan isu sehingga menarik perhatian umum dan ketika ia menjadi perbualan hangat di sinilah mereka akan menggunakan peluang untuk membuat tomahan dan tuduhan tidak berasas.

Selepas ini apa pula?

Share this post

scroll to top