Pemilik Fitnah Polis Telupid dicari

Artikel yang disiarkan ang disiarkan sebuah akhbar tempatan polis mencari pemilik facebook yang memfitnah anggota polis

Sandakan: Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menuduh anggota di Balai Polis Telupid dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran melindungi kumpulan gangster.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata anggota polis terbabit sudah membuat laporan mengenai dakwaan berkenaan yang viral, Khamis lalu.

Katanya, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah jenayah.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Siasatan awal mendapati akaun berkenaan adalah palsu, namun polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dakwaan mengaitkan anggota polis dari Balai Polis Telupid dan bahagian narkotik IPD Beluran melindungi kumpulan ‘Mahdi and the gang’ yang giat melakukan jenayah di Telupid, menjadi viral di Facebook sejak beberapa hari lalu.

Ia turut mendakwa antara jenayah dilakukan kumpulan berkenaan adalah menjual pil khayal di kelab malam, syabu, perjudian dan mencederakan orang lain dengan ketua kumpulan dikenali Mahdi didakwa memiliki pistol.

Sumber: Berita Harian

Share this post

scroll to top