Pencapaian dalam subjek Bible Knowledge positif

MADIUS merakam gambar kenangan

KOTA KINABALU: Pencapaian pelajar beragama Kristian yang mengambil mata pelajaran Bible Knowledge di seluruh Malaysia dilihat begitu positif.

Pemangku Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, sehingga kini sebanyak 18 sekolah di Sabah telah mengajar mata pelajaran itu kepada pelajar beragama Kristian yang mengambil subjek itu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ada juga antara pelajar yang berada di tingkatan satu atau dua yang mengambil mata pelajaran itu dan ada juga antara mereka memerlukan satu tempoh yang panjang untuk membuat keputusan kerana subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris.

“Upko sentiasa berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional(BN)keranabersikap terbuka dan membenarkan mata pelajaran itu dimasukan dalam sistem persekolahan

Malaysia,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Buku Teks Bible Knowledge kepada sekolahsekolah di sini, malam Jumaat.

Beliau berkata, sehingga kini seramai 700 pelajar telah mengambil mata pelajaran itu di 18 sekolah yang mengajar subjek berkenaan.

Katanya, Upko akan terus memberikan bantuan dalam bentuk buku teks kepada pelajar beragama Kristian yang berminat pada mata pelajaran itu.

“Ibu bapa beragama Kristian memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak mereka mengambil subjek berkenaan.

“Tidak ada gunanya sekiranya kita terus berusaha menyokong pengenalan subjek itu di sekolah sekiranya tidak mendapat sokongan daripada para ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata pada tahun 2009 dan 2010, lebih 1,000 pelajar di seluruh negara telah mengambil mata pelajaran itu.

“Jumlah itu menurun beberapa tahun kemudian, pada tahun ini kita menyasarkan jumlah itu meningkat kembali kepada lebih 1,000 orang,” katanya.

Sementara itu, Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata Upko akan memberi yang terbaik kepada rakyat Penampang khususnya kepada calon yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, calon yang dipilih di kawasan itu adalah yang terbaik, muda, bertenaga dan boleh bercakap bagi pihak rakyat.

“Sudah sampai masanya rakyat Penampang layak untuk mendapatkan calon wakil rakyat daripada BN.

“Penamaan calon itu biarlah diumumkan pemimpin tertinggi BN, sama ada diumumkan awal atau sebaliknya, ia terpulang kepada budi bicara pemimpin kita,” katanya.

Share this post

scroll to top