Remaja 15 Tahun Maut Ditetak di leher

Mangsa maut di lokasi kejadian

TUARAN: Seorang remaja lelaki maut, manakala adik perempuan cedera parah selepas ditetak dengan parang oleh rakan sekerja bapa mangsa di Kampung Lubok Kiulu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang semalam di rumah keluarga terbabit, mangsa berusia 15 tahun meninggal di tempat kejadian, akibat cedera parah ditetak di bahagian leher.

Manakala Adik perempuan mangsa yang berusia tiga tahun turut parah ditetak kini dirawat di Hospital Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, dalam satu kenyataannya mengesahkan kejadian dan suspek berusia 66 tahun sudah ditahan di tepi jalan kampung berkenaan, kira-kira jam 4 petang.

Motif dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara bapa mangsa dengan suspek di tempat kerja.

Kes disiasat dibawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Share this post

scroll to top