Tiga Ketua Menteri Sabah Hilang Jawatan Kerana MA63

Tun Datu Mustapha sedang membacakan Aku Janji dihadapan Ketua Hakim North Borneo ketika Pengistiharan Kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia pada 16 September 1963 di Padang Bandaran Jesselton

[DIKEMASKINI]

OLEH : Musli Oli

Debatlah kamu! Saya tidak peduli dengan siapa-siapa kamu debat. Tapi ingat. Fikir dahulu kepentingan negeri yang begitu jauh terkebelakang. Saya mahu kamu ingat, kerana Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tiga orang Ketua Menteri Sabah telah hilang jawatan.

Pertama Donald Stephens (Tun Muhammad Fuad Stephens). Dia bantah KL bila Singapura disingkir tanpa merujuk kepada MA63. Donald desak MA63 dikaji semula. 2 minggu kemudian dia dipecat dan diganti dengan Peter Lo.

Kedua Tun Mustapha (Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun). Tun tidak setuju Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang hanya beri 5% dari hasil minyak kepada negeri pengeluar minyak. Tun desak MA63 dikaji semula untuk berunding soal minyak. Senyap-senyap KL tubuh parti BERJAYA dan Tun hilang jawatan.

Donald dan Mustapha pertahan MA63 dan hak-hak Sabah. Mereka hilang jawatan tapi tidak hilang maruah.

Orang ketiga hilang jawatan Ketua Menteri ialah Tan Sri Harris Salleh. Berbeza dengan Donald dan Mustapha, Harris seorang Federalist yang tidak ambil peduli soal MA63. Dia tandatangan Perjanjian dengan Petronas tanpa persetujuan DUN Sabah. Dia juga serah pulau Labuan sebelum membawa perkara itu kepada kelulusan DUN. Harris dihukum dengan teruk. Bukan sahaja hilang kerajaan tetapi hilang jawatan. Sekaligus juga hilang maruah pabila tewas di Tenom kepada lawan yang tidak dikenali.

Hormatilah hak-hak Sabah, Perkara 20, IGC Reports dan MA63. Jika sekalipun kamu hilang jawatan kamu tetap juga dihormati kerana tidak hilang maruah.

Tiga Ketua Menteri Sabah yang hilang jawatan kerana Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). (Kiri) Arwah Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, (Tengah) Tun Muhammad Fuad Stephens, (kanan), Tan Sri  Harris Salleh

Share this post

scroll to top