Bajet 2018, bajet gula-gula – Jeffrey Kitingan

ADUN Bingkor, Jeffrey Kitingan

Datuk Dr Jeffrey Kitingan, wakil rakyat Bingkor menyatakan Bajet 2018 yang dibentangkan baru-baru ini tidak lain seperti bajet gula gula terutamanya kepada kakitangan kerajaan. Bajet 2018 yang  dibentangkan tidak lain dan tidak bukan hanya janji-janji manis Kerajaan Persekutuan untuk sentiasa mengekalkan kekuasaan mereka terhadap Sabah. Datuk Dr Jeffrey menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan antara penyumbang GDP terbesar di Malaysia.

Sarawak menyumbang 50% daripada hasil minyak dan gas asli manakala Sabah menyumbangkan 65% minyak mentah kepada negara. Namun yang menyedihkan dengan pembangunan yang diterima kepada negeri-negeri ini jauh ketinggalan 30- 40 tahun di belakang Semenanjung Malaysia. Begitu juga hampir separuh daripada populasi di Sabah ini belum mendapat rawatan air bersih dan masih bergantung dengan sumber graviti. Begitu juga dengan jambatan Labuan yang dijanjikan rakyat sewaktu PRU-13 yang telah diturunkan hanya menjadi Kajian Kemungkinan yang pernah dibuat. Sabah berhak untuk mendapatkan 40% daripada hasil yang diperolehi. Belum ada penyediaan atau kata sepakat pihak kerajaan persekutuan untuk memberikan hasil 40% ini kepada Sabah malah Sabah lebih banyak berhutang dengan Kerajaan Persekutuan sebanyak iaitu kira-kira RM2.6billion. Bajet 2018 ini perlu difikirkan kepada semua rakyat Sabah dan Sarawak untuk hala tuju masa depan negeri masing-masing.

 

Infografik Bajet 2018

ULASAN
Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai bajet yang inklusif dan komprehensif berdasarkan beberapa tunjang yang digariskan. Intipati yang terdapat di dalam  bajet berkenaan membuktikan keikhlasan dan keprihatinan kerajaan BN yang mementingkan rakyat sebagai teras utamanya. Di samping itu, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bagi pihak rakyat Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri diatas keprihatinan kepada keperluan pembangunan negeri serta kepentingan penduduk Sabah.

Kemajuan dan kesejahteraan penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak terus mendapat perhatian utama Perdana Menteri dengan lebih RM6.8 billion diperuntukkan di bawah Bajet 2018 untuk melaksanakan pelbagai pembangunan. Ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan sebanyak RM1 bilion akan disediakan untuk Sabah dan RM1 bilion lagi untuk Sarawak bagi tujuan membaik pulih sekolah-sekolah daif melalui Sistem Bangunan Berindustri (IBS). Ini merupakan peruntukan terbesar yang disediakan oleh kerajaan bagi tujuan tersebut.
Sejumlah RM2 billion akan diperuntukkan projek Lebuhraya Pan-Borneo. Kesemua

11 pakej pembinaan di Sarawak telah diagihkan manakala lima daripada 35 pakej Fasa Pertama di Sabah telahpun dianugerahkan dan 12 lagi dalam proses tender. Perdana Menteri turut berkata RM1 billion diperuntukkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak. Begitu juga untuk Projek Luar Bandar, sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk tujuan projek pembangunan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak manakala RM620 juta lagi untuk projek bekalan elektrik di kedua-dua negeri itu yang
akan membawa manfaat kepada 10,000 rumah luar bandar.

Sejumlah RM300 juta juga akan disediakan bagi bekalan air bersih yang akan meliputi 3,000 rumah di Sabah dan Sarawak. RM50 juta diperuntukkan untuk pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat iaitu RM30 juta untuk Sarawak dan RM20 juta untuk Sabah. Program Penyeragaman Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak juga akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM80 juta di bawah Bajet 2018.Dan untuk merancakkan pembangunan di Labuan, kerajaan akan membuat kajian kebolehlaksanaan bagi membina jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar di Sabah.

Golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di Sabah dan Sarawak adalah antara 600 unit rumah seluruh negara yang bakal menerima manfaat perumahan di bawah program My Beautiful New Home atau ‘MyBNHomes’

Menerusi pelbagai insentif yang diberikan, galakan serta pelepasan cukai yang telah diumumkan bajet yang dibentangkan baru-baru ini lebih menekankan aspek pembangunan negara tanpa mengorbankan kebajikan rakyat. Justeru itu, rakyat perlu terus menyokong usaha yang direncana oleh kerajaan menerusi pelbagai pelan pembangunan bagi memastikan negara mencapai status negara maju berdaya saing seperti yang digariskan di bawah TN50.

Ramai juga yang berkata bahawa bajet 2018 ini merupakan bajet PRU. Sememangnya ianya merupakan bajet PRU-14 kerana menerusinya rakyat negara ini dapat menilai bahawa kerajaan menunjukkan ianya kerajaan untuk semua dengan tidak melihat latar belakang politik samada pembangkang atau penyokong kerajaan. Kerajaan Negeri juga amat berkeyakinan bahawa kalau kita terus bersatu padu dan berganding bahu menumpukan perhatian fokus kepada usaha-usaha kerajaan dan langkah-langkah yang digariskan dalam Bajet 2018, maka sasaran bajet akan dicapai untuk manfaat
negeri ini. Kini pembentangan bajet 2018 telah pun selesai dan sebagai rakyat kita akan melihat

Artikel Sumbangan Pembaca

Sofi-jikan-positif-dadah.jpg

Sofi Jika ditahan positif dadah

PELAKON Sofi Jikan telah ditahan pilhak polis malam tadi selepas didapati positif dadah jenis ganja, lapor sebuah portal tempatan. Sofi Jikan diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari. Sofi Jikan akan dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan […]

Share this post

scroll to top