Bekas Presiden Warisan tampil dakwaan Jual Parti kepada Shafie

FRED GABRIEL Bekas Presiden Parti Pembangunan Warisan Sabah yang kini dikenali sebagai Parti Warisan Sabah

KOTA KINABALU: Bekas Presiden Parti Pembangunan Warisan Sabah, Fred Gabriel menyangkal serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang telah disebarkan di media sosial yang kononnya beliau telah menjual Parti Pembangunan Warisan Sabah kepada Shafie Apdal berjumlah RM500,000.00 sebelum parti itu ditukar nama kepada Parti Warisan Sabah.

Fred yang kini hanya ahli biasa dalam parti itu menjelaskan ia tidak masuk akal sama sekali dan cuba untuk mengaibkan dirinya dan Parti Warisan Sabah.

 

Semalam tersebar di media sosial yang kemungkinan pendaftaran Parti Warisan Sabah akan dibatalkan atas kesalahan yang melanggar perlembagaan parti itu.

 

Maklumat yang tersebar di media sosial semalam:

Selepas PPBM, ROS katanya bakal batalkan pendaftaran Parti Warisan Sabah atas beberapa kesalahan yang melanggar perlembagaan parti itu.

Antara kesalahan itu ialah tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, tubuh sayap pemuda (Wira Warisan), tangguh mesyuarat agung dan melantik Presiden serta jawatankuasa parti tanpa melalui mesyuarat agung.

Fred Gabriel dan AJK menjual Parti Warisan pada Oktober 2016 kepada Shafie Apdal dengan kos RM500 ribu. RM50 ribu pendahuluan telah dibayar dan bakinya RM450 ribu lagi masih tertangguh.

Share this post

scroll to top