Jangan gambarkan seperti kami tak tahu apa perlu dibuat – Kenyataan Shafie dibidas

Pemimpin Kristian BN Sabah ‘Hipokrit’ kerana gagal pertahan melindungi agama mereka kata Shafie Apdal

Adun Kiulu daripada Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai Respons kenyataan dibuat Presiden Warisan Sabah, Shafie Apdal

Pemimpin Kristian BN Sabah sentiasa bersuara dalam mempertahankan hak-hak masyarakat Kristian. Tetapi Kami tidak sama seperti pembangkang yang berusaha mencari publisiti untuk menggembar-gemburkan kepada media.

Adun Kiulu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Joniston Bangkuai dalam satu kenyataan di FMT hari ini menjelaskan apabila menyentuh soal agama, PBS sejak dulu sehingga kini terus konsisten. Tuduhan Presiden Parti Warisan Sabah bahawa pemimpin Kristian BN Sabah termasuk dari PBS sebagai ‘hipokrit’ adalah tuduhan tidak berasas.

Shafie dipetik sebagai berkata bahawa pemimpin Kristian, termasuk presiden PBS Joseph Pairin Kitingan, presiden Pertubuhan Persatuan Pasok Momogun Kadazandusun Murut (Upko) Bernard Dompok dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Joseph Kurup, tidak pernah bercakap mengenai isu penggunaan kalimah “Allah” .

Sebaliknya, Bangkuai berkata PBS telah membuat pendiriannya mengenai isu itu dan menyatakan ketidaksetujuannya dengan larangan penggunaan perkataan “Allah” oleh bukan Islam di negeri ini.

Di Sabah, perkataan “Allah” adalah salah satu daripada perkataan Arab yang dilarang digunakan oleh bukan Islam. Walau bagaimanapun, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah Allah – Utusan Malaysia  Baca Selanjutnya

Joniston Bangkuai

Joniston Bangkuai

“Saya Ingin bertanya dengan Shafie. Kenapa dia tidak bercakap tentang semua ini ketika dia seorang menteri? Dia tidak pernah berkata, jangan mengganggu mereka (orang Kristian) atau sesuatu seperti itu. Mengapa sekarang mencampuri hal ini ? “Sekarang, dia cuba menjadi juara segala-galanya.  Jangan menggambarkan kami seperti kami tidak tahu apa yang kami lakukan.

—Adun Kiulu (PBS) Joniston Bangkuai

“Dia harus bertanya kepada diri sendiri: adakah dia pernah berdiri di pihak kami sebelum ini? “

Jangan gunakan ini kerana anda terdesak mendapat sokongan daripada komuniti bukan Islam.”

“Marilah kita mempromosikan penerimaan dan toleransi daripada menimbulkan perpecahan di kalangan kita.

“Pemimpin yang benar perlu melakukannya kerana dengan mengeluarkan kenyataan mengenai isu-isu sensitif seperti ini, apakah ia akan dapat diselesaikan ?

Bangkuai juga menasihatkan pemimpin agama di negeri ini untuk datang kepada pihak berkuasa yang berkaitan di dalam kerajaan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sesetengah orang, katanya, lebih suka pergi ke pemimpin pembangkang, yang kemudian akan pergi ke media untuk mempolitikkan isu itu.

Dengan pergi ke media, beliau berkata, bukannya menyelesaikan masalah itu, keadaan hanya akan memburukkan dan mencetuskan syak wasangka di kalangan rakyat.

“Pergi ke media sepatutnya menjadi pilihan terakhir, saya fikir. Cari jalan, pergi dan temui pihak berkuasa. Kenapa bercakap dengan pihak berkuasa melalui media? “

Shafie Apdal dalam kenyataan lalu:

Share this post

scroll to top