Mana Saya Tahu – Shafie Apdal

“Mana saya tahu? Mana ada penyelewengannya? Boleh semak akaun bank saya. Boleh masuk tengok rumah saya.”

Jawapan diberikan bekas Menteri Kemajuan Luar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu temubual oleh The Malaysia Insight selepas ditanya bagaimana boleh timbul dakwaan mengenai siasatan berhubung penyelewengan dana awam dianggarkan RM1.5 bilion daripada keseluruhan peruntukan berjumlah RM7.5 bilion KKLW projek pembangunan luar bandar melibatkan bantuan bekalan air dan elektrik serta jalan raya yang antara 2009 hingga 2015.

Shafie menteri yang bertanggungjawab sepanjang tempoh itu, sehingga beliau digugurkan daripada kabinet oleh Perdana Menteri Najib Razak pada Julai 2015.

Shafie Turut mempersoalkan kenapa hanya Kementerian Kemajuan Luar dan Wilayah (KKLW) yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedangkan kementerian yang pernah diterajuinya itu sudah “lulus ujian” prestasi ditetapkan Unit Pengurusan Prestasi Pelaksanaan (Pemandu).

Atas keyakinan itulah, presiden Parti Warisan Sabah itu merumuskan siasatan SPRM terhadap dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion dana persekutuan di kementerian itu adalah “penyiasatan berpilih” untuk membunuh masa depan politiknya.

RM1.5 bilion dana luar bandar SABAH diseleweng

Minggu lepas SPRM dalam kenyataan di Berita Harian Online, SPRM siasat 350 projek di Sabah, ke mana RM1.5 bilion menyatakan Sebanyak 350 projek KKLW di sembilan daerah di Sabah berada dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion.

Projek berkenaan berkaitan pembangunan infrastruktur air, elektrik serta jalan raya yang membabitkan dana awam lebih RM7.5 bilion.

Siasatan awal mendapati kira-kira 65 syarikat dikesan berkemungkinan memperoleh projek secara meragukan termasuk memperoleh lebih daripada dua projek. Akibat penyelewengan itu, ada projek yang berkemungkinan tidak disiapkan secara betul serta tidak mengikut spesifikasi sehingga membebankan golongan sasar khususnya orang miskin di daerah berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, dana berkenaan diperuntukkan Kerajaan Pusat kepada Sabah untuk projek luar bandar tetapi kemungkinan diambil kesempatan oleh beberapa syarikat untuk merasuah pihak tertentu.

Bagi projek Kerajaan Pusat, katanya, pelantikan kontraktor lazimnya dilakukan sendiri.

“Bagi kes ini, kita menerima maklumat orang ramai selepas kes (penyelewengan) Jabatan Air Sabah tahun lalu.

“Kita ada pemberi maklumat. Dia datang ke SPRM dan memberitahu perkara tertentu yang tidak mematuhi peraturan bagi projek luar bandar,” katanya.

Berita Berkaitan:


Loading...

Share this post

scroll to top