Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Dihalang Masuk Sabah 

Teresa-Kok

Gambar dari Facebook Milik Teresa Kok

 

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok pada rabu memuatnaik status berkongsi cerita beliau dihalang masuk ke Sabah selepas tiba di lapangan terbang Sandakan.

Berikut adalah tulisan beliau melalui facebook miliknya yang [button link=”https://www.facebook.com/TeresaKokSuhSim/posts/934595663218222″ target=”_blank”]Click Here[/button]

Hari ini, saya naik kapal terbang Air Asia dari KLIA2 ke Sandakan. Saya tiba di Sandakan pada lebih kurang 3 petang. Bila saya tunjukkan kad pengenalan saya di kaunter imigresen, saya diminta pergi ke pejabat imigresen selepas mereka semak komputer. Saya dibawa untuk berjumpa seorang pegawai wanita yang memakai tag nama “DG Maimunah”. Beliau memberitahu saya bahawa saya dilarang masuk ke Sabah.

Saya tanya sebab larangan tersebut, tetapi tiada jawapan diberi. Saya kemudian panggil Stephen Wong, Ahli Parlimen DAP di Sandakan yang sambut saya di lapangan terbang Sandakan untuk datang ke pejabat imigresen. Beliau dan pembantunya masuk dan tanya pegawai imigresen sebab saya dilarang masuk, Puan DG Maimunah hanya kata ini adalah arahan daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Saya kemudian dihantar balik ke kapal terbang Air Asia yang saya naik dari KLIA2 dan bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 3.20pm.

Inilah layanan Kerajaan BN Sabah kepada saya. Saya tidak diberitahu oleh kerajaan Negeri Sabah tentang larangan kemasukan sebelum ini, dan saya bazir 6 jam berulang-alik KL dan Sandakan dalam kapal terbang yang sama.

Selama ini, DAP yang selalu membangkitkan perjanjian 20 perkara di antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan yang mana termasuk kuasa imigresen. Saya tidak pernah mengutarakan apa-apa kenyataan yang menjejaskan orang Sabah, tetapi sebaliknya saya memperjuangkan hak dan kebajikan orang Sabah, khususnya isu yang berkaitan anak negeri di kawasan pedalaman Sabah.

Layanan dan tindakan Kerajaan Sabah terhadap saya adalah amat tidak adil, tidak munasabah dan bersifat kuku besi. Ia memang bercanggah dengan dasar dan slogan “1Malaysia” yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Share this post

scroll to top