Najib, Isteri Lawat Anwar di Hospital

Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

PETALING JAYA: Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Bekas ketua pembangkang itu menjalani pembedahan di bahagian bahu kanannya pada Ahad lalu.

“Saya pergi melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini … Semoga beliau cepat pulih,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak di halaman Facebooknya pada hari Jumaat.

Status tersebut turut disertai dengan gambar Najib, Rosmah, Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di hospital.

Anwar kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.


Loading...

Share this post

scroll to top