Parti Warisan Pejuangan Tidak Seperti Parti lain

Pemimpin utama Parti Warisan Sabah yang mendakwa Warisan adalah Parti Berbialng Kaum

“KDM mempunyai pemimpin yang pro-BN seperti di dalam PBS, UPKO dan PBRS. Di pihak pembangkang, ada yang di STAR, PCS dan PAN. Terdapat juga anggota masyarakat yang menyokong hampir semua parti politik lain seperti UMNO, PKR, DAP, SAPP, Parti Harapan Rakyat Sabah. Tetapi Parti Warisan Sabah yang baru berusia satu tahun merupakan sebuah parti berbilang kaum, dengan KDM sebagai yang terbesar”._Borneo Today, 5 November 2017.

ULASAN :

Tidak dinafikan ahli-ahli Parti Warisan terdiri dari berbilang kaum (sama seperti parti-parti lain di Sabah mahupun di Semenanjung) dengan menekankan bahawa kepimpinan parti tersebut akan memperjuangkan hak rakyat Sabah secara keseluruhannya (sama seperti parti politik lainnya).

Senarai kepimpinan seperti YB Datuk Shafie Apdal (mantan MP UMNO/BN), YB Datuk Jaujan Sambakong (mantan ADUN UMNO/BN), Datuk Mohd Aziz Jamman (mantan Ketua Pemuda UMNO Tawau), YB Darell Leiking (mantan MP PKR), YB Junz Wong (mantan ADUN DAP), YB Terence Siambun (mantan ADUN PKR).

Beberapa nama di atas dikenali sebelum adanya Parti Warisan, namun ramai rakyat Sabah tidak mengetahui parti asal yang menjadi landasan perjuangan politik mereka sebelum ini. Melihat kepada senarai di atas, lantas saja sebilangan individu akan mengatakan bahawa parti sebelum ini tidak lagi releven untuk memperjuangkan isu dan masalah rakyat di Sabah.

Namun akhir-akhir ini persoalan mula timbul di kalangan Sabahan:

“kenapa parti yang bermegah sebagai berbilang kaum ini kerap mengutarakan sentimen yang menjurus kepada penumpuan sesetangah kaum?”

“Apa relevennya mengheret sentimen sesetengah kaum dalam berkempen sedangkan keutamaan adalah memperjuangkan masalah rakyat keseluruhan?”

“Melihat kepada senarai kepimpinan parti, apa sebenarnya asas kukuh pembentukan Parti Warisan?”.

(Sekadar perbandingan, PAS dapat bertahan dan memerintah Negeri Kelantan sehingga kini. Setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) PAS sentiasa menang kerana asas penubuhannya kukuh iaitu Islam tanpa mendeskriminasi dan memanipulasi kaum dan agama lain).

Setakat ini boleh disimpulkan bahawa yang kedengaran dan kerap dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin ini adalah Sabah jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding Semenanjung.

Sedangkan umum mengetahui bahawa isu dan permasalahan berkaitan pembangunan sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri terutamanya pemimpin yang ada sekarang.

Seperti yang dikatakan oleh seorang penganalisis politik Sabah, “Sabah terabai atau terlepas pandang di bawah kepimpinan Persekutuan terdahulu. Sebab itu Sabah mahupun Sarawak jauh tertinggal dalam
arus perdana pembangunan nasional. Tetapi itu berlaku semasa kepimpinan Persekutuan di bawah Perdana Menteri yang lalu. Sejak 2009, Sabah dan Sarawak mula dapat perhatian”.


Loading...

Share this post

scroll to top