Pemimpin Warisan terpaksa ‘jual’ Shafie Apdal

Ramai yang membandingkan lebih baik jika duit didermakan kepada golongan asnaf atau mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah baru-baru ini kerana mereka ini mampu untuk bayar ikat jamin tersebut berdasarkan kemampuan anjur banyak program namun tiba-tiba meminta derma apabila siasatan penyelewengan Dana 1.5 Bilion mula dijalankan SPRM

Ada yang terkejut, kecewa, tidak kurang juga yang marah apabila Parti Warisan Sabah dikepalai naib presiden parti itu, Junz Wong mengumumkan tabung kutipan derma untuk membayar ikat jamin presiden Parti itu Datuk Shafie Apdal.

Adakah Warisan sedang beretorik mahu memberitahu seluruh dunia bahawa rakyat Sabah sanggup menderma untuk membayar duit ikat jamin Shafie yang disiasat atas penyelewengan dana berbilion ringgit untuk rakyat Sabah ?

 

Komen pembaca menyatakan duit sudah ada manakala derma hanya untuk menarik perhatian rakyat.

Betulkah tiada duit ? Ramai yang tahu selepas Shafie mengambil alih Parti Warisan, sudah banyak sudah program yang mereka anjurkan termasuk program jelajah seluruh daerah Sabah namun tidak pernah sekalipun mereka  meminta derma atau menubuhkan tabung untuk tujuan itu.

Parti Warisan walaupun baru ditubuhkan namun mereka mampu mengadakan program di seluruh Sabah, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh parti pembangkang lain di negeri ini  samaada daripada Gabungan Sabah mahupun Pakatan Harapan kerana mereka tiada kemampuan kewangan untuk tujuan itu.

Nampak seperti ada permainan baru di kalangan pemimpin Warisan yang mengubah imej Shafie Apdal menjadi beban kepada rakyat Sabah dengan cara menjual ahli Parlimen Semporna itu untuk mendapatkan derma.

Shafie tidak sama dengan Junz Wong, Darrel Leiking atau mana pemimpin pembangkang yang ada di Sabah. Mereka tidak pernah merasa bagaimana nikmat sebagai seorang menteri penuh.

Persepsi rakyat terhadap mereka yang pernah menjadi YB adalah mereka orang berduit itu belum lagi dikira jika pernah memegang jawatan penting dalam seperti Shafie yang dan menerima peruntukan besar.

Jika Junz Wong atau Darell Leiking yang minta derma itu perkara biasa. Lihat saja sebelum mereka menyertai Warisan pergerakan mereka juga terhad. Program di kawasan sendiri pun sukar untuk dilaksanakan kerana masalah ‘Bajet’ selain ada saja rakyat yang sentiasa ‘memerlukan khidmat’ mereka namun tidak dapat dipenuhi juga kerana tiada sumber kewangan.

Jika strategi mereka supaya untuk menagih simpati rakyat seolah-olah parti Warisan tidak berduit untuk mengaburi mata rkayat itu adalah kesilapan besar kerana sejak awal lagi Warisan sudah buktikan mereka adalah parti pembangkang yang berkemampuan dalam semua aspek termasuk kewangan yang kukuh.

Infografik

Apa respon orang ramai tentang Tabung Bebaskan Shafie ?



Rakyat mempertikaikan langkah berkenaan, kerana sedar bahawa pemimpin mereka daripada golongan yang kaya-raya.

Adakah ia benar-benar tidak boleh diselesaikan ? Kenapalah jual Shafie macam tin buruk.

Share this post

scroll to top