Politik Baharu perlu ada Roh Perlembagaan

OLEH: Salleh Said Keruak

1. Politik baharu adalah politik yang berpisah daripada kerangka perkauman. Politik baharu ini juga adalah politik yang mengutamakan isu-isu sejagat sesuai dengan arus globalisasi. Politik baharu ini berkembang pesat kerana terobosan internet dan mendapat utama tempat di hati anak muda.

2. Ramai merasakan politik baharu disukai, namun bagi anak muda yang celik politik, mereka menimbulkan satu pertanyaan: mana roh kenegaraan dalam politik baharu?

3. Kata mereka, jika mengutamakan hanya aspek globalisasi dan isu-isu sejagat sahaja, bagaimana pula dengan asas-asas pembentukan negara ?Apa gunanya politik baharu jika asas pembentukan negara ini dianaktirikan?

4. Pertanyaan anak muda seperti di atas ada relevannya. Namun, dalam dunia globalisasi ini, kita harus menerima politik baharu untuk menjadikan kita mampu bersaing dengan dunia semasa.

Menolak politik baharu adalah satu langkah ke belakang, tetapi dalam menerima kemunculan politik baharu tersebut, asas perlembagaan jangan ditinggalkan. Biarlah politik baharu dan roh perlembagaan negara berjalan seiring untuk kita membina sebuah negara bangsa yang maju dan makmur dengan rakyatnya yang bersatu.

Share this post

scroll to top