KPLI akan diperkenalkan semula jika kekurangan guru

PULAU PINANG 12 Okt. – Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan semula Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sekiranya berdepan masalah kekurangan guru.

Timbalan Menterinya, Datuk Chong Sin Woon berkata, langkah berkenaan dijangka dilaksanakan dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

“Ketika ini masalah kekurangan guru di semua sekolah tidak begitu serius dan menjadi perkara biasa apabila terdapat guru bersara, bersara awal atau mengambil cuti tahunan dalam tempoh lama,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Sin Woon merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru-Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang dihadiri 563 guru besar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon bercakap dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvesyen Pendidikan Guru – guru besar Kebangsaan hari ini. – UTUSAN

Share this post

scroll to top