RON95, RON97 turun 8 Sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 menurun 8 sen, menjadi RM2.30 seliter dari RM2.38.

Petrol RON97 pula turun 8 sen, menjadi RM2.58 daripada RM2.66 seliter.

Harga diesel turun dua sen, menjadi RM2.23 dari RM2.25.

Kesemua harga baharu itu berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 23 November depan.

Share this post

scroll to top